Tuesday, November 12, 2013

my day

hello... tetiba macam rajin pula nak update blog malam-malam.. bukan apa, daripada termenung sorang diri, bukan masuk hasil pun kan... banyak benda yang jadi dekat aku semalam... bukan semalam je, dah banyak hari kot... aku pekakkan telinga. dan berharap agar semua selesai dengan cara baik. kenapa diaorang masih nak sakitkan hati aku. entahlah apa dosa yang aku dah buat kat diaorang. kadang-kadang kecil hati. semua benda yang jadi, semua nak report, kalau report benda betul tak apalah kan. ni main buat andaian. lebih kurang fitnahlahkan. tanpa usul periksa, buat andaian, burukkan orang lain. serius aku tak sangka gila benda ni keluar dari mulut dia. aku fikir dia lain dari orang lain... tapi hari ni, dah membuktikan dia pun sama macam orang lain. manusia biasa. kau hilang dia, kau salahkan aku sebab aku pernah buang dia, aku rasa dia bukan manusia bodoh, untuk lari dari orang yang tak bersalah, kecuali ada benda yang tak kena pada diri kau sendiri. kenapa perlu kau salahkan orang lain, jika kau hilang something yang berharga dalam hidup kau. pernah ke kau fikir, aku ada buat salah ke sampai dia lari dari aku. kenapa perlu letakkan kesalahan pada orang lain. kalau sendiri tak pasti, kenapa kau sebarkan andaian yang kau sendiri tak pasti. aku tahu kau ada tempat mengadu. aku tahu kau ada dia. tapi bukan bermakna kau boleh jadi gedik, mengadu sesuatu yang tak pasti. merosakkan segalanya. mana maruah kau? bahagiakah kau dengan apa yang kau buat. sanggup kau curah minyak dekat api yang sedia marak. aku tahu, perasaan iri hati masih terbuku dalam hati kau. aku tahu, kau takut aku akan dapat sengalanya. berjuta kali kau cuba menafikan, aku masih boleh membaca rentak hati mu. aku kembali kerana amanah, aku kembali kerana kau. aku kembali kerana aku ingin buktikan, akan ku korbankan segalanya demi kebahagianmu. ku telan racun, walaupun ku tahu nyawaku menjadi taruhan. racun tanpa penawar. apa saja milikku, adalah milikmu. aku cuba bertahan, walaupun bisa kian merebak, menghancurkan segala organ dalaman. kini, dia telah menjadi milikmu, aku takkan kembali untuk merebutnya. dan aku takkan sesekali merebutnya darimu. usahlah kau gusar, teruslah berbahagia, dengan 1001 cerita yang akan kau karang, agar si dia tetap memandang mu. cukuplah hanya aku sahaja yang kau sakiti, jangan libatkan mereka yang tak berdosa dalam permainan mu. untuk merebut hati seorang lelaki. tiada siapa yang akan merebutnya dari mu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...