Monday, November 4, 2013

We Winner > U Loser

mungkin sekarang aku lemah.. tapi tak bermakna kau boleh berterusan menyakiti aku.. dan tak bermakna bila aku lemah aku akan jatuh dalam perangkap kau... aku tak buta untuk menilai apa yang berlaku. tapi aku sengaja butakan mata, pekakkan telinga. mencari sedikit kekuatan untuk terus tersenyum. terus mengukirkan senyuman tatkala air mata mula menitis di pipi.. hanya satu cara untuk menyakitkan kau. saat aku tersenyum walau 1001 peluru menhujani, saat aku tersenyum walau kau lontarkan bom fitnah. saat aku tersenyum bahagia walaupun kau banjiri air derita.. dear mr fairytale... cubalah jatuhkan aku.... cubalah rebahkan aku. kerana saat aku jatuh, ramai lagi akan menjadi tongkat. saat aku rebah, ramai lagi yang akan ubati luka aku. dan bila aku gagal, ramai lagi akan berada di sisi aku. dan aku pasti akan terus tersenyum... tersenyum dan tersenyum. dulu mungkin aku bodoh, termakan segala hasutan kau. buta dalam menilai yang mana berlian dan kaca. dan akhirnya aku kehilangan berlian yang bernilai dan dilukai oleh kaca yang indah.. kini berlian telah menjadi milikku dan tidak sesekali akan aku lepaskan dia lagi, buatlah sesuka hati mu. kerana setiap apa yang kau lakukan pasti akan mengundang senyum dan tawa ku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...